Kunjungan hormat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Kunjungan hormat MSAE ke JPA telah diadakan pada 12 April 2018 di Bilik Mesyuarat Samarinda Aras 6 Blok C3. Seramai 4 orang EXCO MSAE bersama penasihat MSAE hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya dalam pembangunan sektor agro-makanan negara. Perbincangan utama kunjungan hormat tersebut adalah berkaitan penawaran jawatan jurutera pertanian dalam sektor perkhidmatan awam. Hasil perbincangan tersebut pihak JPA akan meneliti penawaran jawatan tersebut dan mendapatkan maklum balas daripada agensi/organisasi berkaitan.