A Beginners course on beekeeping techniques

Kursus ini telah diadakan pada 5 hingga 7 Mei 2018 bertempat di Kasih Hulu Langat, Selangor anjuran Kasih Hulu Langat dengan kerjasama MSAE. Kursus khas ini diadakan untuk Small and Micro-­enterprises Promotion Agency Yemen seramai 10 orang. Kursus ini merangkumi pengenalan dan fakta lebah kelulut, penghasilan madu, tugas, pemangsa dan cara menangani, kitar hidup dan teknik pengambilan madu. Kursus yang dianjurkan dapat memperkenal MSAE di peringkat antarabangsa selain dapat menambah pendapatan persatuan.