Persidangan Tahunan MANCID ke-­22

Pihak MSAE telah menerima jemputan Bahagian Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi pembentangan kertas kerja pada persidangan tahunan Malaysia National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-­22 pada 23 hingga 24 April 2018 di Kangar, Perlis. MSAE telah diwakili oleh Dr. Md. Rowshon Kamal, ahli MSAE bagi membentangkan kertas kerja bertajuk Climate-­Smart Decision Support System for Irrigation and Water Management. Persidangan ini menghimpunkan individu, organisasi, institusi, jawantankuasa kebangsaan dan antarabangsa bagi berkongsi kepentingan bersama dalam bidang pengairan, saliran dan kawalan banjir.