Kunjungan hormat Jabatan Pertanian (DOA)

Kunjungan hormat MSAE ke DOA telah diadakan pada 23 April 2018 di Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seramai 4 orang EXCO MSAE bersama beberapa ahli MSAE daripada DOA hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Peranan MSAE juga diperkenal. Keahlian kehormat telah diberikan kepada Dato’ Jamal Harizan bin Yang Razali, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian semasa kunjungan tersebut.