Lawatan Teknikal MSAE ke Hokkaido

2 orang wakil MSAE telah menyertai lawatan teknikal ke Hokkaido bersama delegasi dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM pada 29 Julai hingga 3 Ogos 2018. Lawatan teknikal termasuk kunjungan ke Japan International Cooperation Agency (JICA). Hasil perbincangan, pihak JICA sudi membantu MSAE sebagai perantaraan jika MSAE memerlukan maklumat agensi-­agensi atau syarikat-­syarikat yang dikehendaki. Pihak MSAE juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Dr. Shuso Kawamura iaitu Mantan Presiden Japanese Society of Agricultural Machinery And Food Engineers (JSAM) di Fakulti Penyelidikan Pertanian, Hokaido Universiti. Hasil pertemuan ini telah diaturkan oleh Prof. Dr. Naoshi Kundo iaitu Presiden JSAM yang merupakan Profesor di Kyoto Universiti. Diantara perkara dibincangkan ialah tentang kerjasama dua hala diantara MSAE dan JSAM dan juga tentang jemputan MSAE sebagai tuan rumah The International Symposium on Machinery and Mechatronics for Agricultural and Biosystems Engineering (ISMAB) 2022 nanti. Lawatan teknikal ke kilang memproses susu lembu terbesar di Jepun iaitu Yotsuba Tokachi Factory, Hokkaido, Jepun juga diadakan.