Agri Tech Engineering Innovation (ATEI 2018)

MSAE telah dijemput untuk menyertai pameran teknologi pertanian dan makanan dalam Program Agri Tech Engineering Innovation (ATEI 2018) anjuran Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Serdang, Selangor pada 23 hingga 24 Julai 2018. ATEI 2018 telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Dato’ Salahuddin Ayub. YB Menteri turut mengadakan lawatan ke pameran dan demonstrasi mesin inovasi dari semua pempamer yang terdiri dari agensi dan syarikat swasta.