Kunjungan hormat Jabatan Perikanan Malaysia
MSAE telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Haji Munir bin Haji Mohd Nawi pada 28 Januari 2019 bertempat di Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya yang disertai 4 orang EXCO MSAE. Kunjungan tersebut bertujuan memperkenal MSAE kepada pihak DOF, menerangkan peranan MSAE dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan serta penglibatan DOF dalam program yang dianjurkan MSAE. Keahlian kehormat turut diberikan kepada Ketua Pengarah.