Kunjungan hormat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Kunjungan hormat kepada YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan pada 29 Oktober 2018 disertai 7 orang EXCO dan 3 ahli MSAE bertempat di Bangunan Parlimen. Kunjungan tersebut merangkumi perbincangan berkenaan pengenalan MSAE kepada YB Menteri. Penyerahan memorandum kepada YB Menteri mengenai graduan jurutera pertanian dan makanan, kepakaran serta keperluan pengesahan jurutera pertanian dan makanan di Malaysia turut diadakan. Selain itu, kunjungan tersebut bertujuan untuk menjemput YB Menteri bagi ucaptama perasmian dan panel bual bicara Konvensyen Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2019. Keahlian kehormat turut diberikan kepada YB Menteri.