About msaewebsite

This author has not yet filled in any details.
So far msaewebsite has created 35 blog entries.

Perjumpaan Exco MSAE dengan Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia.

2019-05-24T15:34:43+08:00

Perjumpaan Exco MSAE dengan Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia. Perjumpaan Exco MSAE dengan Encik Ahmad Tarmidzi Ramly, Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia di Wisma Tani Putrajaya pada 7 Mei 2019 7 Mei 2019 Wisma Tani, Putrajaya

Perjumpaan Exco MSAE dengan Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia.2019-05-24T15:34:43+08:00

Kunjungan Exco MSAE dengan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian

2019-05-24T15:33:58+08:00

Kunjungan Exco MSAE dengan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Kunjungan Exco MSAE kepada YBhg. Dato’ Jamal Harizan bin Yang Razali, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian atas kerjasama sebagai penganjur lokasi semperna Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian & Makanan 2019 pada 21 Mac 2019 yang lepas. 7 Mei 2019 Wisma Tani, Putrajaya

Kunjungan Exco MSAE dengan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian2019-05-24T15:33:58+08:00

Kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

2019-04-29T05:42:41+08:00

Kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Kunjungan hormat MSAE kepada KSU MOA telah diadakan pada 13 Mac 2019 di Wisma Tani Putrajaya. Seramai 3 orang EXCO MSAE bersama penasihat MSAE hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Perbincangan utama kunjungan hormat tersebut adalah berkaitan resolusi MSAE yang juga telah diserahkan kepada pihak YB Menteri. Keahlian kehormat juga telah diberikan kepada KSU MOA.

Kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)2019-04-29T05:42:41+08:00

Program Jaringan MSAE-­Thailand Society of Agricultural Engineers (TSAE)

2019-04-29T05:43:32+08:00

Program Jaringan MSAE-­Thailand Society of Agricultural Engineers (TSAE) Program ini diadakan pada 7 hingga 11 Februari 2019 yang disertai 5 orang EXCO MSAE bertempat di Chiang Mai, Thailand. Objektif program adalah untuk mengembangkan sayap MSAE ke nega serantau, mencari peluang untuk penganjuran Southeast Asian Agricultural Engineering Student Chapter Annual Regional Convention 2020 akan datang dapat diadakan di Thailand dan Mengambil peluang untuk kolaborasi dengan Meajo University dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) atas justifikasi UPM telah mempunyai MoU dengan Maejo University, Chiang Mai. Jaringan yang diadakan ternasuk lawatan ke Asian Development Institute for Community Economy and Technology (adiCET), [...]

Program Jaringan MSAE-­Thailand Society of Agricultural Engineers (TSAE)2019-04-29T05:43:32+08:00

Kunjungan hormat Jabatan Perikanan Malaysia

2019-04-29T05:44:03+08:00

Kunjungan hormat Jabatan Perikanan Malaysia MSAE telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Haji Munir bin Haji Mohd Nawi pada 28 Januari 2019 bertempat di Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya yang disertai 4 orang EXCO MSAE. Kunjungan tersebut bertujuan memperkenal MSAE kepada pihak DOF, menerangkan peranan MSAE dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan serta penglibatan DOF dalam program yang dianjurkan MSAE. Keahlian kehormat turut diberikan kepada Ketua Pengarah.

Kunjungan hormat Jabatan Perikanan Malaysia2019-04-29T05:44:03+08:00

Annual Regional Convention (ARC) kali ke-­4

2019-04-29T05:44:47+08:00

Annual Regional Convention (ARC) kali ke-­4 MSAE telah menganjurkan Annual Regional Convention (ARC) kali ke-­4 pada 12 hingga 14 November 2018 dimana Fakultas Teknologi Pertanian, Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta, Indonesia telah menjadi tuan rumah. ARC telah dianjurkan bersama-­ sama dengan Pekan Teknik Pertanian Nasional (PTPN) ke-­10 dan perhimpunan Mahasiswa Teknik Pertanian (PERMATETA) UGM juga turut menganjurkan 3rd National Student Seminar on Agricultural Technology 2018 yang bertemakan “Agricultural and Biosystem Engineering Towards Sustainable Development Goals in 2020”. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Ir Bambang Purwantana, Ketua Jabatan Departemen Teknik Pertanian dan Biosistem dan Prof. Madya [...]

Annual Regional Convention (ARC) kali ke-­42019-04-29T05:44:47+08:00

4th International Conference on Agricultural and Food Engineering – CAFEi2018

2019-04-29T05:45:13+08:00

4th International Conference on Agricultural and Food Engineering – CAFEi2018 Konferens yang dianjurkan secara dwi-­tahunan telah diadakan pada 7 hingga 9 November 2018 di Hotel Everly Putrajaya. MSAE turut sama menjadi penganjur bersama bagi konferens yang diadakan. Ahli MSAE terutamanya ahli di kalangan Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian serta Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan turut serta dalam konferens yang dianjurkan. Konferens ini dapat menyediakan forum untuk membentangkan dan membincangkan inovasi dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan. Konferens ini dijadikan platform dalam mencari penyelesaian yang baru dan lebih mapan dalam menangani keselamatan makanan global.

4th International Conference on Agricultural and Food Engineering – CAFEi20182019-04-29T05:45:13+08:00

Kunjungan hormat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2019-04-29T05:45:54+08:00

Kunjungan hormat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Kunjungan hormat kepada YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan pada 29 Oktober 2018 disertai 7 orang EXCO dan 3 ahli MSAE bertempat di Bangunan Parlimen. Kunjungan tersebut merangkumi perbincangan berkenaan pengenalan MSAE kepada YB Menteri. Penyerahan memorandum kepada YB Menteri mengenai graduan jurutera pertanian dan makanan, kepakaran serta keperluan pengesahan jurutera pertanian dan makanan di Malaysia turut diadakan. Selain itu, kunjungan tersebut bertujuan untuk menjemput YB Menteri bagi ucaptama perasmian dan panel bual bicara Konvensyen Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2019. Keahlian kehormat [...]

Kunjungan hormat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani2019-04-29T05:45:54+08:00

Title

Go to Top