National Conference on Agricultural and Food Mechanisation (NCAFM 2018)

Penganjur utama bagi NCAFM 2018 ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Konferens diadakan pada 17 hingga 19 April 2018 di Pullman Kuching, Sarawak. MSAE juga menjadi penganjur bersama konferens ini dan telah menghantar 6 penyertaan. Konferens ini dapat menyediakan forum untuk pengumpulan maklumat dan perbincangan mengenai pemilikan, penggunaan, pemasaran, perkhidmatan dan latihan dalam mekanisasi dan automasi. Selain itu, status penyelidikan dan teknologi mekanisasi dan automasi semasa untuk memodelkan pertanian masa depan dapat dinilai. Konferens juga dapat mengukuhkan agroindustri tempatan melalui rangkaian dan kerjasama antara pembuat mesin, pengedar, penyedia perkhidmatan dan penyelidik.

Join Over 600 Members Now

Become Part of MSAE Community to Further Your Career.