Konferens Kebangsaan Tahunan Philippines Society of Agricultural and Biosystems Engineers (PSABE) kali ke-­15

Konferens ini telah diadakan pada 23 hingga 26 April 2018. MSAE merupakan penganjur bersama bagi konferens ini dan telah menghantar 2 orang ahli MSAE (Wakil Malaysia) dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) iaitu Hj. Mohd Puzi Abu Bakar, mantan Pengarah Kejuruteraan LPP dan Mohammad Faizzuddin  Mohammad Baki, Penolong Pengarah, Bahagian Kejuruteraan LPP. Konferens ini dihadiri oleh jurutera pertanian dari negara serantau termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand. Konferens yang dihadiri ini dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan meningkatkan jaringan dalam bidang kejuruteraan dengan rakan-­rakan dalam bidang kejuruteraan pertanian di Asia Tenggara.