KONFERENS MSAE
MSAE telah menganjurkan Konferens MSAE 2018 pada 7 dan 8 Februari 2018 bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Konferensi yang julung kali diadakan ini dengan tujuan untuk mengumpulkan pengusaha, agensi serta ahli industri pertanian dan agro-makanan di dalam negara bagi membincangkan hal-hal kejuruteraan pertanian dan makanan yang meliputi isu, cabaran, peluang, dan perkembangan terbaru dalam pertanian. Ini adalah salah satu usaha MSAE dalam menjadikan perjumpaan ini sebagai platform kerjasama yang efektif dikalanganagensi serta ahli industri untuk memajukan sektor pertanian negara. Jumlah pesertadan pembentang berbayar adalah seramai 140 orang (96 orang ahli MSAE dan 44 orang bukan ahli MSAE). Jumlah tajaan poster adalah sebanyak 10 poster. Seramai 14 peserta Asean Conference on Agricultural Biosystems Engineering (ACABE) turut dijemput untuk menghadiri konferens tersebut.