Kursus Mudah Ternak Kelulut di Laman Rumah Siri II

Kursus ini telah dijalankan pada 14 Mei 2018 bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Serdang dengan jumlah peserta seramai 35 orang. Kandungan kursus merangkumi 3 slot utama. Slot pertama merangkumi pengenalan ternakan kelulut di laman rumah dan teknik pembiakan diberikan oleh Haji Aziz Mat Ali, mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian. Slot kedua dikendalikan oleh En. Mohd Razi Mad Amin, Penolong Pengarah, Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian dengan tajuk Sarang Kelulut Modular. Slot ketiga dengan tajuk Eksplorasi Khasiat Madu: dari Makmal ke Mulut telah disampaikan oleh Dr. Noor Akhmazillah Mohd Fauzi, Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.