NAFEC 2022

Video NAFEC 2022

Pengenalan

Pertumbuhan ekonomi dunia yang pesat dan proses globalisasi telah menjadikan persekitaran ekonomi lebih dinamik dan kompetitif. Situasi ini mewujudkan peluang dan cabaran kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sektor pertanian yang merangkumi industri agromakanan turut berdepan dengan cabaran terutamanya dikala pandemik COVID-19 ini dan memerlukan transformasi bagi meningkatkan sumbangannya dalam menyokong aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2022. Pemodenan pertanian berpacukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), teknologi dan inovasi merupakan pendekatan utama bagi menyokong proses transformasi industri agromakanan. Justeru, Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) dengan ini mengambil inisiatif dengan menganjurkan Konvensyen Kebangsaaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2022. Konvensyen yang diadakan dapat menggabungkan ahli akademik, pengamal undang-undang, ahli industri serta individu dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan di Malaysia bagi membincangkan teknologi terkini, keperluan dan masalah industri pertanian dan makanan, berkongsi amalan baik pertanian dan makanan serta cadangan penambahbaikan undang-undang terutamanya untuk bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

Objektif

  1. Untuk kemaskini status dan keperluan masa hadapan bidang mekanisasi dan automasi bagi bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

  2. Untuk menyediakan platform di kalangan ahli akademik, penyelidik, penggubal dasar dan ahli industri agromakanan negara bagi membincangkan penambahbaikan dasar bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

  3. Untuk menyediakan jaringan dan kolaborasi antara ahli akademik, penyelidik dan ahli industri bagi meningkatkan kualiti penyelidikan kejuruteraan pertanian dan makanan.

Poster NAFEC 2021

Program Book

Senarai Pemenang

Gambar