PENCALONAN ANUGERAH TESIS TERBAIK PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN DAN MAKANAN (MSAE) 2023

MSAE dengan sukacita berhasrat untuk meneruskan kesinambungan pengiktirafan kepada graduan Bacelor, Master dan PhD yang telah memperkasa penyelidikan dalam bidang sains, teknologi atau kejuruteraan pertanian/makanan menerusi Anugerah Tesis Terbaik MSAE 2023.

Sehubungan itu, graduan Universiti Awam dan Swasta tempatan bagi tahun 2023 yang berkelayakan adalah dijemput bagi menyertai pencalonan anugerah tersebut dalam bidang yang berkaitan. Keterangan terperinci mengenai syarat pencalonan dan kaedah penyertaan boleh layari pautan http://msae.my/anugerahtesis-terbaik-msae-2023/.