ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (UniMAP) 2024

Anugerah Hijau MSAE-SC (UniMAP) 2024 telah dianugerahkan kepada Nurhamizah binti Md Hasmartuah yang merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian dengan Kepujian yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Anugerah telah disampaikan oleh Puan Rosnani (Exco MSAE 2023/2025) pada 4 Julai 2024 yang lepas ketika Festival Tahun Akhir 2024 (FiesTA) di UniMAP .