Anugerah Kecemerlangan MSAE 2025

Pengenalan

Sebagai menghargai ahli MSAE, sekali lagi MSAE membuka pencalonan kepada semua ahli MSAE untuk menerima Anugerah Kecemerlangan MSAE 2025.

Anugerah Kecemerlangan MSAE diberikan kepada ahli MSAE yang telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang kejuruteraan pertanian atau makanan, sama ada daripada segi inovasi, penyelidikan, pembangunan teknologi dan pengembangan dalam dan luar negara.

MSAE berharap dengan adanya penganugerahan ini, akan memberi pengiktirafan dan semangat yang sewajarnya kepada ahli MSAE yang telah mencapai kecemerlangan terpuji dalam bidang masing-masing.

1. Secara keseluruhannya, aspek berikut akan dinilai:
-Penerbitan
-Harta intelek
-Khidmat Profesional & Pengembangan
-Sumbangan luar tugas rasmi
-Anugerah yang telah diterima

2. Permohonan TERBUKA kepada ahli MSAE warganegara yang berdaftar sehingga 31 Disember 2024. Ahli wajib mempunyai nombor keahlian. Semak https://members.msae.my/list-of-msae-membership/

3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2025.

4. Penyertaan adalah percuma.

5. Panel penilai dilantik oleh MSAE dan keputusan adalah muktamad.

6. Sebarang pertanyaan lanjut boleh emel kepada eng.msae@upm.edu.my

Sila Isi Borang Pencalonan di sini

Sila Isi Maklumat Peribadi Anda

Sila muat naik CV mengikut format yang telah disediakan (format pdf).

Sila muat naik dokumen sokongan yang digabungkan kepada satu fail bagi menyokong permohonan (format pdf).