ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (UPM) 2024

Anugerah Hijau MSAE-SC (UPM Serdang) 2024 telah dianugerahkan kepada Ainnur Solehah binti Amat Ali yang merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Anugerah telah disampaikan oleh Ts. Dr. Muhammad Hazwan Hamzah (Timbalan Presiden Pentadbiran MSAE 2023/2025) pada 22 Jun 2024 yang lepas ketika majlis KBP Casual Night Out.