BENGKEL “RESPONSE SURFACE METHODOLOGY” ANJURAN MASE

Pada 25 November 2024, satu bengkel dalam talian bertajuk ‘Response Surface Methodology (RSM)’ telah berjaya diadakan di bawah bimbingan Ts. Dr. Mohd Salahuddin Mohd Basri, Pensyarah Kanan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta dalam pengoptimuman dan analisis data, dengan sesi-sesi yang meliputi pengenalan kepada pengoptimuman, gambaran keseluruhan RSM, serta latihan praktikal dan analisis data menggunakan perisian Design Expert.