Agri Tech Engineering Innovation (ATEI 2018)

2019-04-29T05:49:00+08:00

Agri Tech Engineering Innovation (ATEI 2018) MSAE telah dijemput untuk menyertai pameran teknologi pertanian dan makanan dalam Program Agri Tech Engineering Innovation (ATEI 2018) anjuran Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Serdang, Selangor pada 23 hingga 24 Julai 2018. ATEI 2018 telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Dato’ Salahuddin Ayub. YB Menteri turut mengadakan lawatan ke pameran dan demonstrasi mesin inovasi dari semua pempamer yang terdiri dari agensi dan syarikat swasta.

Agri Tech Engineering Innovation (ATEI 2018)2019-04-29T05:49:00+08:00

Konferens Kebangsaan Tahunan Philippines Society of Agricultural and Biosystems Engineers (PSABE) kali ke-­15

2019-04-29T05:50:51+08:00

Konferens Kebangsaan Tahunan Philippines Society of Agricultural and Biosystems Engineers (PSABE) kali ke-­15 Konferens ini telah diadakan pada 23 hingga 26 April 2018. MSAE merupakan penganjur bersama bagi konferens ini dan telah menghantar 2 orang ahli MSAE (Wakil Malaysia) dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) iaitu Hj. Mohd Puzi Abu Bakar, mantan Pengarah Kejuruteraan LPP dan Mohammad Faizzuddin  Mohammad Baki, Penolong Pengarah, Bahagian Kejuruteraan LPP. Konferens ini dihadiri oleh jurutera pertanian dari negara serantau termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand. Konferens yang dihadiri ini dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan meningkatkan jaringan dalam bidang kejuruteraan dengan rakan-­rakan dalam bidang kejuruteraan [...]

Konferens Kebangsaan Tahunan Philippines Society of Agricultural and Biosystems Engineers (PSABE) kali ke-­152019-04-29T05:50:51+08:00

Persidangan Tahunan MANCID ke-­22

2019-04-29T05:52:24+08:00

Persidangan Tahunan MANCID ke-­22 Pihak MSAE telah menerima jemputan Bahagian Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi pembentangan kertas kerja pada persidangan tahunan Malaysia National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-­22 pada 23 hingga 24 April 2018 di Kangar, Perlis. MSAE telah diwakili oleh Dr. Md. Rowshon Kamal, ahli MSAE bagi membentangkan kertas kerja bertajuk Climate-­Smart Decision Support System for Irrigation and Water Management. Persidangan ini menghimpunkan individu, organisasi, institusi, jawantankuasa kebangsaan dan antarabangsa bagi berkongsi kepentingan bersama dalam bidang pengairan, saliran dan kawalan banjir.

Persidangan Tahunan MANCID ke-­222019-04-29T05:52:24+08:00

National Conference on Agricultural and Food Mechanisation (NCAFM 2018)

2019-04-29T05:53:51+08:00

National Conference on Agricultural and Food Mechanisation (NCAFM 2018) Penganjur utama bagi NCAFM 2018 ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Konferens diadakan pada 17 hingga 19 April 2018 di Pullman Kuching, Sarawak. MSAE juga menjadi penganjur bersama konferens ini dan telah menghantar 6 penyertaan. Konferens ini dapat menyediakan forum untuk pengumpulan maklumat dan perbincangan mengenai pemilikan, penggunaan, pemasaran, perkhidmatan dan latihan dalam mekanisasi dan automasi. Selain itu, status penyelidikan dan teknologi mekanisasi dan automasi semasa untuk memodelkan pertanian masa depan dapat dinilai. Konferens juga dapat mengukuhkan agroindustri tempatan melalui rangkaian dan kerjasama antara pembuat mesin, [...]

National Conference on Agricultural and Food Mechanisation (NCAFM 2018)2019-04-29T05:53:51+08:00

Konferens MSAE

2019-04-29T05:59:05+08:00

KONFERENS MSAE MSAE telah menganjurkan Konferens MSAE 2018 pada 7 dan 8 Februari 2018 bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Konferensi yang julung kali diadakan ini dengan tujuan untuk mengumpulkan pengusaha, agensi serta ahli industri pertanian dan agro-­makanan di dalam negara bagi membincangkan hal-­hal kejuruteraan pertanian dan makanan yang meliputi isu, cabaran, peluang, dan perkembangan terbaru dalam pertanian. Ini adalah salah satu usaha MSAE dalam menjadikan perjumpaan ini sebagai platform kerjasama yang efektif dikalanganagensi serta ahli industri untuk memajukan sektor pertanian negara. Jumlah pesertadan pembentang berbayar adalah seramai 140 orang (96 orang ahli MSAE dan [...]

Konferens MSAE2019-04-29T05:59:05+08:00
Go to Top