KONVENSYEN KEBANGSAAN KEJURUTERAAN PERTANIAN DAN DAN MAKANAN (NAFEC) 2024

Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2024 yang merupakan penganjuran edisi kali ke-7 telah dianjurkan oleh Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai penganjur lokasi pada 15 dan 16 Mei 2024 bertempat di UniMAP, Perlis. Bertemakan “Pertanian Digital: Memacu Inovasi Kelestarian Pengeluaran Agromakanan”, konvensyen ini telah berkerjasama dengan 14 penganjur bersama yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan universiti awam. Konvensyen telah dirasmikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Konvensyen yang diadakan telah berjaya menggabungkan ahli akademik, pengamal undang-undang, ahli industri serta individu dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan di Malaysia iaitu seramai 215 orang yang terlibat sebagai pembentang dan peserta.