Anugerah MSAE 2024

Pengenalan

Anugerah MSAE adalah anugerah tahunan yang diadakan oleh Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) bagi menghargai para Jurutera serta Teknologis yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang Pertanian dan Makanan. Anugerah ini mengiktiraf individu yang telah menunjukkan kepimpinan yang luar biasa, pemindahan pengetahuan yang meluas dan telah memberikan sumbangan penting kepada masyarakat sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Anugerah MSAE 2024 akan disampaikan bersempena penganjuran Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2024 (NAFEC2024) yang akan diadakan pada 15 Mei 2024 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau, Perlis. Dua orang pemenang yang layak berdasarkan bukti yang diberikan akan dianugerahkan sebuah plak dan sijil penghargaan.

Dua anugerah MSAE 2024 kini dibuka untuk pencalonan iaitu:
1. Anugerah MSAE 2024 – Tokoh Pengembangan Pertanian
2. Anugerah MSAE 2024 – Tokoh Inovasi

Sehubungan dengan itu, semua Jurutera dan Teknologis Pertanian dan Makanan;
i) Tiada had umur, berstatus tetap/kontrak/sementara dan masih aktif bekerja; dan
ii) Mempunyai aktiviti pengembangan dan inovasi pertanian (Bukti perlu disertakan dan templat jadual untuk makluman bukti boleh dimuat turun di bawah)

Pemohon dialu-alukan untuk mengisi borang pencalonan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mac 2024 (Jumaat) jam 5.00 petang. Segala keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Kategori

Borang Pencalonan

Muat Turun