Program Jaringan MSAE-­Thailand Society of Agricultural Engineers (TSAE)

Program ini diadakan pada 7 hingga 11 Februari 2019 yang disertai 5 orang EXCO MSAE bertempat di Chiang Mai, Thailand. Objektif program adalah untuk mengembangkan sayap MSAE ke nega serantau, mencari peluang untuk penganjuran Southeast Asian Agricultural Engineering Student Chapter Annual Regional Convention 2020 akan datang dapat diadakan di Thailand dan Mengambil peluang untuk kolaborasi dengan Meajo University dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) atas justifikasi UPM telah mempunyai MoU dengan Maejo University, Chiang Mai. Jaringan yang diadakan ternasuk lawatan ke Asian Development Institute for Community Economy and Technology (adiCET), perjumpaan bersama wakil TSAE, lawatan ke Choui Fong Tea Plantation dan Nonghoi Royal Project Vegetable Processing Plant.