4th International Conference on Agricultural and Food Engineering – CAFEi2018
Konferens yang dianjurkan secara dwi-tahunan telah diadakan pada 7 hingga 9 November 2018 di Hotel Everly Putrajaya. MSAE turut sama menjadi penganjur bersama bagi konferens yang diadakan. Ahli MSAE terutamanya ahli di kalangan Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian serta Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan turut serta dalam konferens yang dianjurkan. Konferens ini dapat menyediakan forum untuk membentangkan dan membincangkan inovasi dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan. Konferens ini dijadikan platform dalam mencari penyelesaian yang baru dan lebih mapan dalam menangani keselamatan makanan global.