ANUGERAH HIJAU MSAE (UPMKB) 2024

2025-03-10T08:48:29+08:00

ANUGERAH HIJAU MSAE (UPMKB) 2024 Anugerah Hijau MSAE (Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu) 2024 telah diberikan kepada Nur Hurin Husna Binti Rafiee, seorang pelajar cemerlang dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian dari segi akademik dan kokurikulum. Anugerah tersebut disampaikan oleh pada 27 Oktober 2024 semasa Majlis MSAE-SC Prom Night.

ANUGERAH HIJAU MSAE (UPMKB) 20242025-03-10T08:48:29+08:00

ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (PKB) 2024

2025-03-07T11:59:51+08:00

ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (PKB) 2024 Anugerah Hijau MSAE-SC (Politeknik Kota Bharu) 2024 telah diberikan kepada Muhammad Syahiran bin Rusrisham, seorang pelajar cemerlang dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) dari segi akademik dan kokurikulum. Anugerah tersebut disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin Hamzah, Presiden MSAE bagi sesi 2023/2025, pada 18 Ogos 2024semasa Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu yang ke-37.

ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (PKB) 20242025-03-07T11:59:51+08:00

ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (UPM) 2024

2025-03-05T10:33:24+08:00

ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (UPM) 2024 Anugerah Hijau MSAE-SC (UPM Serdang) 2024 telah dianugerahkan kepada Ainnur Solehah binti Amat Ali yang merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Anugerah telah disampaikan oleh Ts. Dr. Muhammad Hazwan Hamzah (Timbalan Presiden Pentadbiran MSAE 2023/2025) pada 22 Jun 2024 yang lepas ketika majlis KBP Casual Night Out.

ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (UPM) 20242025-03-05T10:33:24+08:00

PENYAMPAIAN ANUGERAH HIJAU MSAE 2023

2024-03-14T08:41:25+08:00

PENYAMPAIAN ANUGERAH HIJAU MSAE 2023 Majlis penyampaian Anugerah Hijau MSAE 2023 telah berlangsung pada 28 Oktober 2023 bagi program Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian (MSAE-SC UPM Kampus Bintulu) kepada Za’im Zuhairrudin Akhmal bin Zailani; dan pada 9 Disember 2023 bagi program Sijil Kejuruteraan Pertanian(MSAE-SC PERDA-TECH) kepada Ahmad Nazif bin Mohd Nizar. Tahniah diucapkan buat keduanya.

PENYAMPAIAN ANUGERAH HIJAU MSAE 20232024-03-14T08:41:25+08:00

PENCALONAN ANUGERAH TESIS TERBAIK PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN DAN MAKANAN (MSAE) 2023

2024-03-14T08:27:01+08:00

PENCALONAN ANUGERAH TESIS TERBAIK PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN DAN MAKANAN (MSAE) 2023 MSAE dengan sukacita berhasrat untuk meneruskan kesinambungan pengiktirafan kepada graduan Bacelor, Master dan PhD yang telah memperkasa penyelidikan dalam bidang sains, teknologi atau kejuruteraan pertanian/makanan menerusi Anugerah Tesis Terbaik MSAE 2023. Sehubungan itu, graduan Universiti Awam dan Swasta tempatan bagi tahun 2023 yang berkelayakan adalah dijemput bagi menyertai pencalonan anugerah tersebut dalam bidang yang berkaitan. Keterangan terperinci mengenai syarat pencalonan dan kaedah penyertaan boleh layari pautan http://msae.my/anugerahtesis-terbaik-msae-2023/.

PENCALONAN ANUGERAH TESIS TERBAIK PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN DAN MAKANAN (MSAE) 20232024-03-14T08:27:01+08:00

Anugerah Hijau MSAE-­SC UPM Kampus Bintulu

2019-04-29T05:47:45+08:00

Anugerah Hijau MSAE-­SC UPM Kampus Bintulu Anugerah Hijau MSAE-­SC UPM Kampus Bintulu telah diberikan pada 10 Ogos 2018 berserta dengan taklimat program akademik Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem serta Kejuruteraan Proses dan Makanan kepada pelajar Diploma UPM Kampus Bintulu. Penerima anugerah ialah Mohd Ikram Mohd Noordin. Penerima menerima sijil penghargaan dan wang sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja.

Anugerah Hijau MSAE-­SC UPM Kampus Bintulu2019-04-29T05:47:45+08:00

Anugerah Hijau MSAE-­SC Politeknik Kota Bharu (PKB)

2019-04-29T05:56:31+08:00

Anugerah Hijau MSAE-­SC Politeknik Kota Bharu (PKB) Anugerah Hijau MSAE-­SC PKB telah diberikan pada 4 Mac 2018 semasa Majlis Konvokesyen kali ke-­31. Penerima anugerah ialah Muhammad Azharul bin Ramli. Penerima menerima sijil penghargaan dan wang sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja. Kriteria penerima anugerah adalah pelajar dalam bidang berkaitan 13 kejuruteraan pertanian dan biosistem, telah melengkapkan minimum dua (2) tahun pengajian peringkat bacelor atau diploma, Purata nilai gred kumulatif (CGPA) ≥ 3.0, mendaftar dalam pengajian kejuruteraan peringkat bacelor atau diploma yang diperakui oleh MSAE, ahli MSAE-­SC yang pernah atau memegang jawatan dalam kelab MSAE-­SC serta aktif dalam bidang ko-­kurikulum [...]

Anugerah Hijau MSAE-­SC Politeknik Kota Bharu (PKB)2019-04-29T05:56:31+08:00
Go to Top