KURSUS “IOT SMART AGRICULTURE TRAINING 2024” ANJURAN MSAE
Pada 5 November 2024, Kursus ‘IoT Smart Agriculture Training 2024’ telah berjaya diadakan di Pusat Kecemerlangan IoT, Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian, Serdang, anjuran MSAE. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran peserta dalam penerapan teknologi Internet of Things (IoT). Salah satu sorotan utama ialah pembentangan bertajuk ‘Climate Smart Agriculture: Malaysia Perspective’ yang disampaikan oleh En. Shyful Azizi Abdul Rahman dari Agensi Nuklear Malaysia, yang berkongsi pandangan mendalam tentang pendekatan pertanian pintar dalam konteks perubahan iklim di Malaysia