PROGRAM “HALA TUJU & MASA DEPAN PELAJAR AE SELEPAS BERGRADUAT” ANJURAN MASE

Program “Hala Tuju & Masa Depan Pelajar AE Selepas Bergraduat,” yang dianjurkan oleh MSAE, telah diadakan secara atas talian pada 26 Oktober 2024. Program ini memberi penekanan kepada perjalanan kerjaya pelajar AE selepas graduan dengan tema utama “Kerjaya Adalah Perjalanan, Bukan Destinasi.” En. Mohammad Zamani bin Safie, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia yang juga Exco MSAE, telah menyampaikan ceramah utama dalam program ini.