ANUGERAH HIJAU MSAE-SC (PKB) 2024
Anugerah Hijau MSAE-SC (Politeknik Kota Bharu) 2024 telah diberikan kepada Muhammad Syahiran bin Rusrisham, seorang pelajar cemerlang dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) dari segi akademik dan kokurikulum. Anugerah tersebut disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin Hamzah, Presiden MSAE bagi sesi 2023/2025, pada 18 Ogos 2024semasa Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu yang ke-37.