Kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA)

Kunjungan hormat MSAE kepada KSU MOA telah diadakan pada 13 Mac 2019 di Wisma Tani Putrajaya. Seramai 3 orang EXCO MSAE bersama penasihat MSAE hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Perbincangan utama kunjungan hormat tersebut adalah berkaitan resolusi MSAE yang juga telah diserahkan kepada pihak YB Menteri. Keahlian kehormat juga telah diberikan kepada KSU MOA.