KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI, BIOECONOMY CORPORATION
Ts. Soeraya Satem, Naib Presiden Kanan Bahagian Pembangunan Industri, Putrajaya telah menerima kunjungan hormat daripada MSAE ke Bioeconomy Corporation di Putrajaya pada 18 Disember 2024. Kerjasama antara Bioeconomy Corporation dan MSAE berpotensi menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh ekosistem bioekonomi Malaysia. Sektor pertanian dan makanan negara boleh diperkasakan dengan teknologi inovatif, dasar progresif, dan pembangunan modal insan yang lebih mantap melalui penggabungan kepakaran teknikal serta rangkaian industri MSAE dengan sokongan Bioeconomy Corporation.