KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

MSAE telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, pada 10 Oktober 2024. Kunjungan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM dan peluang untuk kerjasama antara UPM dan MSAE dalam agenda pembangunan agromakanan dan pertanian. Naib Canselor UPM telah dianugerahkan keahlian kehormat MSAE semasa kunjungan tersebut.