KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN MALAYSIA (KPKM)

Pada 7 November 2024, satu sesi kunjungan hormat telah diadakan melibatkan YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM, bertempat di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan MSAE dengan harapan dapat membentuk kerjasama strategik yang menyokong transformasi sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. MSAE, sebagai persatuan profesional yang memfokuskan kejuruteraan pertanian dan makanan, berperanan untuk mempromosikan teknologi inovatif yang dapat membantu KPKM mencapai matlamat Dasar Agromakanan Negara melalui peningkatan produktiviti, kelestarian, dan keselamatan makanan.