KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI ASAS TANI (FIAT), UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Asas Tani (FIAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketui oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan jalinan kerjasama, memperluas perkongsian pengalaman antara kedua-dua institusi, serta merancang peluang yang boleh dimanfaatkan bagi pembangunan dan inovasi dalam sektor agro-makanan negara.