KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

Pada 10 September 2024, MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, UNISZA, Terengganu, yang diketuai oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco MSAE. Kunjungan ini bertujuan untuk mempererat hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi, memperkasa perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang biosumber dan industri makanan, serta bertukar pandangan mengenai inovasi terkini. Selain itu, kunjungan ini turut membincangkan peluang kolaborasi strategik dalam penyelidikan, pembangunan sektor agro-makanan, dan pelaksanaan program akademik yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan industri.