KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI PERIKANAN DAN SAINS MAKANAN, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 10 September 2024, yang diketuai oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco MSAE. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara MSAE dan UMT, memperluas perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang sains makanan, serta bertukar pandangan mengenai inovasi terkini dalam industri ini. Di samping itu, kunjungan ini juga membincangkan potensi kolaborasi dalam penyelidikan, pengembangan sektor perikanan dan agro-makanan, serta penerapan teknologi baharu yang dapat memperkasakan industri dan menyediakan manfaat kepada pelajar dan masyarakat.