KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE JABATAN KUJUTERAAN KIMIA DAN ALAM SEKITAR, INSTITUT TEKNOLOGI ANTARABANGSA MALAYSIA-JEPUN (MJIIT), UTM
Pada 14 Ogos 2024, MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), UTM, Kuala Lumpur. Kunjungan ini diketuai oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco MSAE. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mempererat hubungan, berkongsi pengalaman, bertukar pandangan, serta membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan sektor agro-makanan negara.