Kursus Mudah Ternak Kelulut di Laman Rumah Siri II

2019-04-29T05:49:44+08:00

Kursus Mudah Ternak Kelulut di Laman Rumah Siri II Kursus ini telah dijalankan pada 14 Mei 2018 bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Serdang dengan jumlah peserta seramai 35 orang. Kandungan kursus merangkumi 3 slot utama. Slot pertama merangkumi pengenalan ternakan kelulut di laman rumah dan teknik pembiakan diberikan oleh Haji Aziz Mat Ali, mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian. Slot kedua dikendalikan oleh En. Mohd Razi Mad Amin, Penolong Pengarah, Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian dengan tajuk Sarang Kelulut Modular. Slot ketiga dengan tajuk Eksplorasi Khasiat Madu: dari Makmal ke Mulut telah disampaikan oleh [...]

Kursus Mudah Ternak Kelulut di Laman Rumah Siri II2019-04-29T05:49:44+08:00

A Beginners course on beekeeping techniques

2019-04-29T05:50:15+08:00

A Beginners course on beekeeping techniques Kursus ini telah diadakan pada 5 hingga 7 Mei 2018 bertempat di Kasih Hulu Langat, Selangor anjuran Kasih Hulu Langat dengan kerjasama MSAE. Kursus khas ini diadakan untuk Small and Micro-­enterprises Promotion Agency Yemen seramai 10 orang. Kursus ini merangkumi pengenalan dan fakta lebah kelulut, penghasilan madu, tugas, pemangsa dan cara menangani, kitar hidup dan teknik pengambilan madu. Kursus yang dianjurkan dapat memperkenal MSAE di peringkat antarabangsa selain dapat menambah pendapatan persatuan.

A Beginners course on beekeeping techniques2019-04-29T05:50:15+08:00

Kursus Mudah Ternak Kelulut di Laman Rumah Siri I

2019-04-29T05:59:43+08:00

Kursus Mudah Ternak Kelulut di Laman Rumah Siri I 9 Januari 2018 bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Serdang dengan jumlah peserta 150 orang dari seluruh Semenanjung Malaysia. Kandungan kursus merangkumi 2 topik iaitu pengenalan ternakan kelulut di laman rumah oleh Haji Aziz Mat Ali, mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian. Manakala topik ke dua dikendalikan oleh En. Mohd Razi Mad Amin, Penolong Pengarah, Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian dengan tajuk Sarang Kelulut Modular.

Kursus Mudah Ternak Kelulut di Laman Rumah Siri I2019-04-29T05:59:43+08:00

Title

Go to Top