KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI, BIOECONOMY CORPORATION

2025-03-11T23:01:56+08:00

KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI, BIOECONOMY CORPORATION Ts. Soeraya Satem, Naib Presiden Kanan Bahagian Pembangunan Industri, Putrajaya telah menerima kunjungan hormat daripada MSAE ke Bioeconomy Corporation di Putrajaya pada 18 Disember 2024. Kerjasama antara Bioeconomy Corporation dan MSAE berpotensi menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh ekosistem bioekonomi Malaysia. Sektor pertanian dan makanan negara boleh diperkasakan dengan teknologi inovatif, dasar progresif, dan pembangunan modal insan yang lebih mantap melalui penggabungan kepakaran teknikal serta rangkaian industri MSAE dengan sokongan Bioeconomy Corporation.

KUNJUNGAN HORMAT KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI, BIOECONOMY CORPORATION2025-03-11T23:01:56+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN MALAYSIA (KPKM)

2025-03-11T22:48:32+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN MALAYSIA (KPKM) Pada 7 November 2024, satu sesi kunjungan hormat telah diadakan melibatkan YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM, bertempat di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan MSAE dengan harapan dapat membentuk kerjasama strategik yang menyokong transformasi sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. MSAE, sebagai persatuan profesional yang memfokuskan kejuruteraan pertanian dan makanan, berperanan untuk mempromosikan teknologi inovatif yang dapat membantu KPKM mencapai matlamat Dasar Agromakanan Negara melalui peningkatan produktiviti, kelestarian, dan keselamatan makanan. [...]

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN MALAYSIA (KPKM)2025-03-11T22:48:32+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE POLITEKNIK JELI KELANTAN

2025-03-10T08:42:08+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE POLITEKNIK JELI KELANTAN Pada 20 Oktober 2024, MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Jeli Kelantan, yang diketuai oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco MSAE. Kunjungan ini menjadi titik tolak untuk memperkuat kolaborasi, bertukar pandangan, dan merancang peluang baharu demi memperkasakan industri dan menyediakan manfaat kepada pelajar dan Masyarakat..

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE POLITEKNIK JELI KELANTAN2025-03-10T08:42:08+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

2025-03-10T08:43:36+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) MSAE telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, pada 10 Oktober 2024. Kunjungan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM dan peluang untuk kerjasama antara UPM dan MSAE dalam agenda pembangunan agromakanan dan pertanian. Naib Canselor UPM telah dianugerahkan keahlian kehormat MSAE semasa kunjungan tersebut.

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)2025-03-10T08:43:36+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE UniKL MICET

2025-03-07T12:18:32+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE UniKL MICET Pada 18 September 2024, MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke UniKL MiCET yang dipimpin oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama barisan ahli exco. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama, memperluas perkongsian pengalaman antara kedua-dua institusi, serta merangka peluang sinergi yang boleh dimanfaatkan bagi pembangunan dan inovasi dalam sektor agro-makanan negara.

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE UniKL MICET2025-03-07T12:18:32+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI PERIKANAN DAN SAINS MAKANAN, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

2025-03-07T12:26:24+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI PERIKANAN DAN SAINS MAKANAN, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 10 September 2024, yang diketuai oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco MSAE. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara MSAE dan UMT, memperluas perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang sains makanan, serta bertukar pandangan mengenai inovasi terkini dalam industri ini. Di samping itu, kunjungan ini juga membincangkan potensi kolaborasi dalam penyelidikan, pengembangan sektor perikanan dan agro-makanan, serta penerapan teknologi [...]

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI PERIKANAN DAN SAINS MAKANAN, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)2025-03-07T12:26:24+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

2025-03-07T12:22:56+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) Pada 10 September 2024, MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, UNISZA, Terengganu, yang diketuai oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco MSAE. Kunjungan ini bertujuan untuk mempererat hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi, memperkasa perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang biosumber dan industri makanan, serta bertukar pandangan mengenai inovasi terkini. Selain itu, kunjungan ini turut membincangkan peluang kolaborasi strategik dalam penyelidikan, pembangunan sektor agro-makanan, dan pelaksanaan program akademik yang dapat memberi manfaat [...]

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)2025-03-07T12:22:56+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI ASAS TANI (FIAT), UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2025-03-07T12:11:15+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI ASAS TANI (FIAT), UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Asas Tani (FIAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketui oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan jalinan kerjasama, memperluas perkongsian pengalaman antara kedua-dua institusi, serta merancang peluang yang boleh dimanfaatkan bagi pembangunan dan inovasi dalam sektor agro-makanan negara.

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE FAKULTI ASAS TANI (FIAT), UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN2025-03-07T12:11:15+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE JABATAN KUJUTERAAN KIMIA DAN ALAM SEKITAR, INSTITUT TEKNOLOGI ANTARABANGSA MALAYSIA-JEPUN (MJIIT), UTM

2025-03-07T11:59:03+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE JABATAN KUJUTERAAN KIMIA DAN ALAM SEKITAR, INSTITUT TEKNOLOGI ANTARABANGSA MALAYSIA-JEPUN (MJIIT), UTM Pada 14 Ogos 2024, MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), UTM, Kuala Lumpur. Kunjungan ini diketuai oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin, bersama beberapa ahli exco MSAE. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mempererat hubungan, berkongsi pengalaman, bertukar pandangan, serta membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan sektor agro-makanan negara.

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE JABATAN KUJUTERAAN KIMIA DAN ALAM SEKITAR, INSTITUT TEKNOLOGI ANTARABANGSA MALAYSIA-JEPUN (MJIIT), UTM2025-03-07T11:59:03+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA)

2025-03-06T11:17:36+08:00

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA) MSAE telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bertemu bersama Pengurus Besar KADA, En Mohd Faizul bin Mustafa di Ibu Pejabat KADA, Kota Bharu pada 8 Ogos 2024. Kunjungan hormat telah diketuai oleh Presiden MSAE, Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin ditemani Puan Rosnani selaku exco MSAE. Ketika kunjungan hormat, turut disampaikan sijil keahlian kehormat kepada Pengurus Besar KADA.

KUNJUNGAN HORMAT EXCO MSAE KE LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA)2025-03-06T11:17:36+08:00
Go to Top