Kunjungan hormat Jabatan Pertanian (DOA)

2019-04-29T05:53:05+08:00

Kunjungan hormat Jabatan Pertanian (DOA) Kunjungan hormat MSAE ke DOA telah diadakan pada 23 April 2018 di Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seramai 4 orang EXCO MSAE bersama beberapa ahli MSAE daripada DOA hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Peranan MSAE juga diperkenal. Keahlian kehormat telah diberikan kepada Dato' Jamal Harizan bin Yang Razali, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian semasa kunjungan tersebut.

Kunjungan hormat Jabatan Pertanian (DOA)2019-04-29T05:53:05+08:00

Kunjungan hormat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

2019-04-29T05:54:33+08:00

Kunjungan hormat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Kunjungan hormat MSAE ke JPA telah diadakan pada 12 April 2018 di Bilik Mesyuarat Samarinda Aras 6 Blok C3. Seramai 4 orang EXCO MSAE bersama penasihat MSAE hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Perbincangan utama kunjungan hormat tersebut adalah berkaitan penawaran jawatan jurutera pertanian dalam sektor perkhidmatan awam. Hasil perbincangan tersebut pihak JPA akan meneliti penawaran jawatan tersebut dan mendapatkan maklum balas daripada agensi/organisasi berkaitan.

Kunjungan hormat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)2019-04-29T05:54:33+08:00

Title

Go to Top