Annual Regional Convention (ARC2021)

2021-08-12T12:44:31+08:00

Annual Regional Convention (ARC2021) Department of Science and Technology, Faculty of Humanities, Management and Science, Universiti Putra Malaysia Bintulu Campus (UPMKB) together with Malaysian Society of Agricultural and Food Engineer (MSAE) proudly presents the 7th Agricultural Engineering Annual Regional Convention 2021 (7th ARC2021). This program could build the network of institution, industry and society at the national and international levels. The participants are from undergraduate students, postgraduate students and academics from several countries such as Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines and Brunei. This year activity is a fully online competition – Poster, Research Output Video and Model Construction [...]

Annual Regional Convention (ARC2021)2021-08-12T12:44:31+08:00

Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2021 anjuran MARDI dan MSAE

2021-03-24T10:34:46+08:00

Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2021 anjuran MARDI dan MSAE NAFEC 2021@SINAR HARIAN “Kita mesti terus memberikan penekanan yang lebih bagi penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi, pembangunan model pertanian moden, pertanian tepat, agro robotik, aplikasi berasaskan Internet of Things (IoT) dan sebagainya sejajar dengan Revolusi Industri 4.0,” kata YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2021 anjuran MARDI dan MSAE hari ini. Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/.../Teknologi-kejuruteraan...

Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2021 anjuran MARDI dan MSAE2021-03-24T10:34:46+08:00

Kunjungan hormat Ketua Pengarah MARDI

2020-08-04T12:20:38+08:00

Kunjungan hormat Ketua Pengarah MARDI Kunjungan hormat MSAE kepada KP MARDI telah diadakan pada 3 Ogos 2020 di Ibu Pejabat MARDI Serdang. Seramai 5 orang EXCO MSAE  hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang MSAE serta peranannya dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Perbincangan utama kunjungan hormat tersebut adalah berkaitan aktiviti kerjasama MARDI dan MSAE pada masa akan datang.

Kunjungan hormat Ketua Pengarah MARDI2020-08-04T12:20:38+08:00

Perjumpaan Exco MSAE dengan Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia.

2019-05-24T15:34:43+08:00

Perjumpaan Exco MSAE dengan Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia. Perjumpaan Exco MSAE dengan Encik Ahmad Tarmidzi Ramly, Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia di Wisma Tani Putrajaya pada 7 Mei 2019 7 Mei 2019 Wisma Tani, Putrajaya

Perjumpaan Exco MSAE dengan Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Perikanan Malaysia.2019-05-24T15:34:43+08:00

Kunjungan Exco MSAE dengan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian

2019-05-24T15:33:58+08:00

Kunjungan Exco MSAE dengan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Kunjungan Exco MSAE kepada YBhg. Dato’ Jamal Harizan bin Yang Razali, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian atas kerjasama sebagai penganjur lokasi semperna Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian & Makanan 2019 pada 21 Mac 2019 yang lepas. 7 Mei 2019 Wisma Tani, Putrajaya

Kunjungan Exco MSAE dengan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian2019-05-24T15:33:58+08:00

Kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

2019-04-29T05:42:41+08:00

Kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Kunjungan hormat MSAE kepada KSU MOA telah diadakan pada 13 Mac 2019 di Wisma Tani Putrajaya. Seramai 3 orang EXCO MSAE bersama penasihat MSAE hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Perbincangan utama kunjungan hormat tersebut adalah berkaitan resolusi MSAE yang juga telah diserahkan kepada pihak YB Menteri. Keahlian kehormat juga telah diberikan kepada KSU MOA.

Kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)2019-04-29T05:42:41+08:00

Kunjungan hormat Jabatan Perikanan Malaysia

2019-04-29T05:44:03+08:00

Kunjungan hormat Jabatan Perikanan Malaysia MSAE telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Haji Munir bin Haji Mohd Nawi pada 28 Januari 2019 bertempat di Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya yang disertai 4 orang EXCO MSAE. Kunjungan tersebut bertujuan memperkenal MSAE kepada pihak DOF, menerangkan peranan MSAE dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan serta penglibatan DOF dalam program yang dianjurkan MSAE. Keahlian kehormat turut diberikan kepada Ketua Pengarah.

Kunjungan hormat Jabatan Perikanan Malaysia2019-04-29T05:44:03+08:00

Kunjungan hormat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2019-04-29T05:45:54+08:00

Kunjungan hormat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Kunjungan hormat kepada YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan pada 29 Oktober 2018 disertai 7 orang EXCO dan 3 ahli MSAE bertempat di Bangunan Parlimen. Kunjungan tersebut merangkumi perbincangan berkenaan pengenalan MSAE kepada YB Menteri. Penyerahan memorandum kepada YB Menteri mengenai graduan jurutera pertanian dan makanan, kepakaran serta keperluan pengesahan jurutera pertanian dan makanan di Malaysia turut diadakan. Selain itu, kunjungan tersebut bertujuan untuk menjemput YB Menteri bagi ucaptama perasmian dan panel bual bicara Konvensyen Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2019. Keahlian kehormat [...]

Kunjungan hormat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani2019-04-29T05:45:54+08:00

Lawatan Teknikal MSAE ke Hokkaido

2019-04-29T05:48:25+08:00

Lawatan Teknikal MSAE ke Hokkaido 2 orang wakil MSAE telah menyertai lawatan teknikal ke Hokkaido bersama delegasi dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM pada 29 Julai hingga 3 Ogos 2018. Lawatan teknikal termasuk kunjungan ke Japan International Cooperation Agency (JICA). Hasil perbincangan, pihak JICA sudi membantu MSAE sebagai perantaraan jika MSAE memerlukan maklumat agensi-­agensi atau syarikat-­syarikat yang dikehendaki. Pihak MSAE juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Dr. Shuso Kawamura iaitu Mantan Presiden Japanese Society of Agricultural Machinery And Food Engineers (JSAM) di Fakulti Penyelidikan Pertanian, Hokaido Universiti. Hasil pertemuan ini telah diaturkan oleh Prof. Dr. Naoshi [...]

Lawatan Teknikal MSAE ke Hokkaido2019-04-29T05:48:25+08:00
Go to Top